Login/Logout
Kementerian Pengajian Tinggi > Mengenai KPT
  Pengenalan
Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada tiga jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan
Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). JPT terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah MQA, PTPTN ,Yayasan TAR dan dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).